Friday, December 3, 2010

Pemanis mulut, pembuka bicara

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera hendaknya. Pertama sekali, mari kita panjatkan segala pujian buat Allah S.W.T dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nama saya adalah Ameer Razzie Rizzuan dan ini adalah langkah pertama saya dalam penulisan blog. Saya akan cuba untuk menulis dengan baik disamping berkongsi cerita, maklumat, tips-tips menarik, cetusan idea, luahan rasa dan juga berkongsi pengalaman dengan anda semua, Insya-Allah. Saya harap anda semua akan teruja untuk terus menyusuri blog saya dari semasa ke semasa. Mengenai blog ini, saya akan menulis dalam Bahasa Malaysia dan juga dalam Bahasa Inggeris. Segala macam idea dan komen membina akan saya terima dengan hati yang terbuka. Itu sahaja dari saya sebagai muqaddimah. =)

No comments:

Post a Comment